Monday, November 3, 2014

Birthday Calvin 6 Tahun

Update cepat2 entry birthday Calvin haha...ni pun sudah masuk bulan Nov last2 next year baru dapat update entry birthday Calvin kalau tunggu mood blogging datang hehe...

Calvin sudah genap 6 tahun...apasal masa begitu mencemburui kita???sebab tu kita kena hargai setiap detik bersama anak2 bila ada masa terluang,mereka membesar tanpa kita sedari...;)

Birthday Calvin untuk tahun ni macam biasa kena buat di sekolah sebab mereka lagi rasa happy bila dapat meraihkan birthday bersama kawan2, menyanyi lagu birthday dengan suara yang kuat & bersorak & bertepuk tangan bila birthday boy @ girl tiup lilin ...bercerita pasal birthday sudah pasti semuanya rasa happy & rasa dihargai bila semua bagi wish birthday pada kita...bagi saya pula sebagai ibu sudah pastinya birthday anak2 perlu diraihkan walaupun dengan sebiji kek,tak salah juga jika ada kemampuan boleh celebrate dengan pelbagai cara..teringat masa kami adik beradik kecil kami menghargai kenangan & moments terindah bersama...percaya atau tidak birthday kami tidak pernah diraihkan pun,wish birthday pun rasanya macam tiada haha apalagi hadiah birthday ...bapa selalu hadiahkan kami barang yang paling bernilai pun jam tangan bila dapat kedudukan 1-3 dalam peperiksaan penggal..tapi tiada sebab untuk menyalahkan parents pun tapi bagi saya sebab itulah setiap kali birthday anak2 ciuman & ungkapan birthday sambil menyanyi lagu harijadi & kek birthday kesukaan mereka wajib saya berikan untuk mereka kenang bila besar nanti....:)


Birthday boy :)





celebrate di kelas dengan kawan2..saya lupa keluarkan kek dari kotak haha..tengok gambar baru perasan ...
spiderman cake ..order dengan kak Haslina ..korang boleh add Kak Haslina
order 30 pcs cupcake juga..senang sikit budak2 makan
habis makan saya minta Calvin & kawan2nya bergambar sama2
kesian dengan kawan Calvin budak lelaki yang hujung dari kanan tu bajunya kotor terkena krim cupcake,habis baju & seluarnya kena krim warna merah bila budak ni dekat dengan mereka semua lari mengelak dekat dengan dia hehehe...
nampak sangat Calvin suka dengan spiderman cake permintaanya kan??nampak saja saya datang bawa kek saya tengok senyumannya meleret happy @ bangga dapat  spiderman cake..senyuman yang penuh bermakna buat seorang ibu...saya terharu dan saya tak sedar airmata saya mengalir kerana sebiji kek saja sudah membuatkannya begitu gembira di harijadinya...tiada apa permintaannya untuk birthday kali ini cuma spiderman cake sahaja...
entah apa yang diceritakan dengan kawannya....tu kawan yang dia selalu sebut di rumah namanya Ah Choy..juga kawan gaduhnya...pernah sekali dia cerita Ah Choy tak bagi dia tengok buku baru ...macam2 la karenah budak kan hehe...tapi time birthday Calvin ni saya hantar ke sekolah masa turun tangga tu terserempak dengan Ah Choy dengan bapanya,saya nampak Ah Choy bawa hadiah ...bungkusan besar lagi hehehe...budak2 memang excited kan bila celebrate birthday sendiri & juga kawan2..

Happy birthday ke 6 Calvin...semoga menjadi anak kebanggaan daddy & mummy juga abang kepada Ivy...semoga sentiasa sihat,selalu menghormati orang lain..mummy tidak mengharapkan apa2 tapi jadilah manusia yang berguna & taat pada orang tua....mummy always love u ..kasih sayang mummy tidak tidak tertakluk pada sebarang syarat,harga & waktu...luv u so much sons...:)






No comments:

Post a Comment